بسم الله الرحمن الرحيم
" Wanita yang MENUTUP AURAT belum tentu dijamin Syurga untuknya, akan tetapi Wanita yang MENUTUP AURAT berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai ahli syurga "
Apa itu aurat ?
-berasal dr perkataan arab= keaiban
-bahasa: bahagian² tertentu y wajib ditutupi.
Firman Allah:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (QS an-Nur [24]: 31).
Hukum: Wajib
Had² aurat wanita:
- dgn ajnabi (org y blh dikahwini) - SELURUH anggota badan kecuali MUKA & TELAPAK TANGAN.
- dgn wanita bkn Islam- sama seperti batas aurat dgn lelaki ajnabi.
- wanita sesama wanita- semua kecuali pusat hingga lutut.
p/s: mengikut Imam As-syafie - dagu dan kaki merupakan aurat.
![]() |
| Elakkan tabaruj( berhias berlebih-lebihan) dalam pemakaian |
![]() |
| Belum tentu bertudung labuh itu sudah menepati syariat dalam menutup aurat |
Akhirul kalam,
Wanita yang menutup aurat belum tentu baik luaran dan dalamanya, begitu juga dengan wanita yang belum dikurniakan hidayah untuk menutup aurat. Janganlah kita menilai insan-insan disekeliling kita hanya dengan melihat luarannya sahaja. Boleh jadi, mereka lebih mulia di sisi Allah.
Allahu A'lam.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
#lensofummah 📷
#dakwahdgnbergaya


No comments:
Post a Comment